Thursday, February 24, 2011

Quran & Teori Kejadian Alam (The Big Bang Theory)

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ 
Maksudnya: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, dijelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan.

Terdapat dua perkataan dala ayat ini, Ratqa dan Fataq. Ratqa berasal dari perkataan arab rataqa yang bermaksud sew up, ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq pula berasal daripada bahasa arab fataqa yang bermaksud unsew, tear apart iaitu dibuka atau dibelah. Ini melambangkan sesuatu yang terbuka dan terungkai.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, "Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dijelaskan oleh Allah dalm ayat ini."

Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan melalui Teori Big Bang, teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis mengenai permulaan alam semesta pada hari ini. Berdasarkan laporan yang terdapat dalam laman web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology, kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa meter sahaja. Sejak dari tarikh itu, ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti yang dilihat pada hari ini.


Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu kemudian berlaku suatu letupan yang kuat,sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian berlaku pengembangan dan penyejukan, akhirnya lahir bintang-bintang, palnet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.

Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada asalnya diikuti dengan letupan besar, ekoran dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner.seorang proffesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata:" Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya rasa,tidak akan mampun mengetahui tentang hal ini."

Akhirnya beliau berkata, "Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dna kejadiannya, dan bila kita kaitkannya dengan sains, maka kita akan menyatakan kenyataan (Al-Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah pendekatan saintifik."

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains,  Dr. Danial Zainal Abidin


8 comments:

  1. Adakah maksudnya...teori Big Bang adalah suatu fakta yang benar?

    ReplyDelete
  2. Maksudnya, berdasarkan kronologi, Al-Quran terlebih dulu menyediakan ilmu saintifik yg kemudiannya dikaji para saintis (pada asalnya MUNGKIN untuk membuktikan Al-Quran tidak benar) tetapi terbukti kebenarannya dan kemudian barulah saintis itu menciptakan Teori Big Bang..

    Maksud lebih jelas, Teori Big Bang diilhamkan saintis menyokong KEBENARAN Al-Quran...

    Maafkan jika saya salah dan harap dibetulkan. TQVM.

    ReplyDelete
  3. maksudnya di sini...Allah yg menjadikan Alam ini dgn teori big bang yg baru dijumpai itu...sbb ayat Quran dah awal mengatakannya...ya jika ada saintis mengatakan bahawa dunia ini wujud tanpa tuhan...mereka akan mengatakan bahawa dunia ini wujud dgn terjadinya big bang...but tetap the question is...who did the big bang kan??? so dgn sbb inilah Allah mengatakan dlm Quran... "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)...bahawasanya Allah yg memulakannya...so sians hanyalah mengkaji tentang apa yg Allah dan lakukan....kan???? bersyukurlah kita kepada Allah

    ReplyDelete
  4. Allah SWT menentukan banyak kajian dan penemuan saintifik di akhir zaman ini dilakukan oleh saintis barat yang belum beriman kepada Allah, salah satunya adalah teori big bang ini agar mereka mendapati Al Quran adalah benar. Diharapkan agar mereka itu beriman kepada Allah dan RasulNya. Bahawa Al Quran adalah benar dan tidak ada keraguan padanya, ia benar-benar datang dari Allah Tuhan Pencipta Sekelian Alam dan bukannya ciptaan Nabi Muhammad SAW. Al Quran diturunkan oleh Allah kepada RasulNya untuk sekelian manusia agar manusia beriman dan menyembah hanya kepadaNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah maha kuasa atas apa yang ada di bumi dan dilangit,semoga para saintis yg blm islam, diberikan taufik dan hidayah oleh Allah Swt.. aamiin

      Delete
  5. saya sangat tertarik dengan perkataan 'AIR' ini..memang air adalah sumber hidup utama manusia di dunia yang fana ini..saya sangat menyokong Al Quran yang mengatakan semua hidupan adalah daripada air..saya seorang yang percaya kepada Tuhan Yesus,tetapi saya menyokong Al Quran yang mengatakan air adalah sumber hidup utama manusia..mengapa??? sebab sebelum kedatangan Nabi Muhhamad,Isa Al Masih telah mengatakan didalam Yohanes7:37 Dan pada hari terakhir perayaan itu,yaitu pada puncak perayaan itu,Yesus berdiri dan berseru''Barangsiapa haus,baiklah ia datang kepadaKu dan minum!'' 38''Barangsiapa percaya kepadaku,seperti yang dikatakan Kitab Suci:dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup''.39.yang dimaksudkanNya ialah Roh yang akan diterima oleh mereka yang percaya kepadaNya;sebab Roh itu belum datang kerana Yesus belum dimuliakan..itulah air yang sebenarnya..fikirkanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara/i boleh jelaskan maksud roh dengan air itu? dan apa maksud Yesus belum dimuliakan?

      Delete
  6. allah emang sang maha pencipta...dan maha kuasa

    http://www.toyota.astra.co.id/corporate-information/news-promo/news/fitur-keamanan-lengkap-dan-harga-toyota-avanza-baru-2016/#news

    ReplyDelete