Kejadian bintang di angkasa raya sememangnya menakjubkan. Salah satu jenis bintang yang wujud adalah 'bintang yang cahayanya menembus'. Dalam surah at-Thaariq ayat 1 -3 menyatakan:
وَالسَّمَاء وَالطَّارِقِ
Maksud: Demi langit dan "At-Taariq"
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ
Maksud: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu?
النَّجْمُ الثَّاقِبُ
Maksud: (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya).
Dalam ayat ini, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaaqif bermaksud menembusi. Imam Nasafi mentafsirkan perkataan thaaqif sebagai 'yang bercahaya'. Justeru, an-najmu at-thaaqif juga dapat diertikan sebagai bintang bercahaya yang menembusi langit.
Said Hawa pula mengatakan an-najmu at-thaaqif dikaitkan dengan komet yang melintasi ruang udara bumi. Seperti yang dimaklumi, komet adalah objek yang wujud dalam sistem solar yang mengelilingi matahari. Ia berasal daripada asap nebula yang dikenali sebagai Oort cloud dan mempunyai tiga bahagia iaitu nukleus, koma dan ekor.
Komet Hyakutake yang muncul pada tahun 1996 |
Pada hari ini pakar-pakar sains menemui satu lagi objek bercahaya seperti bintang yang bergerak menembusi angkasa raya. Kelajuannya menghampiri kelajuan cahaya dan ia bergerak menembusi ruang angkasa dan kadangkala menghala tepat ke dunia. Para saintis menamakannya sebagai blazar.
Blazar |
Sciences News di bawah tajuk Powerhouse Astronomy: Blazing Black Hole From the Early Universe melaporkan satu penemuan mengenai blazar pada tanggal 3 Julai 2004. Al-Quran telah membuktikan terlebih dahulu kejadian-kejadian ini, maka ayatNya yang manakah yang ingin kamu dustakan lagi?
Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin
No comments:
Post a Comment