Friday, February 25, 2011

Orbit Mengelilingi Galaksi

Secara umumnya, apabila kita berbicara mengenai orbit (putaran) bumi dan objek-objek di langit, ayat-ayat Quran nampak seolah-olahnya memfokuskan mengenai satu aspek saja, iaitu mengenai putaran objek-objek ini di atas paksinya (seperti yang dibicarakan sebelum dalam tajuk 'Orbit-orbit bumi dan objek di langit, sebelum ini). Adakah ini menunjukkan tidak wujud putaran dalam bentuk lain bagi objek-objek ini?

Rupa-rupanya di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai putaran yang berbeza. Ini telah tertulis di dalam surah Yasin ayat 38,Allah menyatakan, 


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ 


Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui."

Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajri bermaksud berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata, "(Antara tanda kekuasaan Allah adalah) matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya." Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.

Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. 

Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.

Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin


Orbit-orbit Bumi & Objek di Langit

Seorang pakar astronomi daripada Poland, Nicolaus Copernicus mengutarakan teori  yang dikenali sebagai teori helio sentrik. Melalui buku beliau yang diterbitkan pada tahun 1543 Masihi bertajuk De revolutionibus orbium coelestium (On the revilutions of the Heavenly Spheres), beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing mengelilinginya. Hal ini dilaporkan dalam Stanford Encyclopedia of Philosophy di http://plato.stanford.edu/entries/copernicus.

Sebaliknya Quran menyatakan bumi dan matahari berputar dan tidak pegun. Sebagai contoh, dalam surah Al-Anbiyak ayat 33 Allah berkata, 

 وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Maksudnya: "Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya."

Perkataan yasbahuun bermaksud berenang. perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya. Begitulah kiasannya dengan matahari dan bulan. kedua-duanya bergerak sendiri di angkasa. Pendek kata, matahari dan bulan tidak pegun. Tambahan daripada itu oleh sebab perkataan falak digunakan, dan falak bermaksud bulat seperti sfera, ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam bulatan. 

Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim,Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan 'malam dan siang' matahari dan bulan beredar dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahat ketika menggulung benang'. Mengikut kamus Dewan, rahat ialah alat bulat seumpama roda yang digunakan bagi menggulung benang. Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri.

Seperkara yang menarik dalam ayat ini adalah Allah mengatakan,malam dan siang, seperti matahari dan bulan juga berputar dalam falaknya. Semasa menjelaskan 'malam dan siang, matahari dan bulan beredar dalam falaknya', Allah menggunakan perkataan yasbahuun yang melambangkan banyak (lebih dari dua,dalam tatabahasa bahasa arab).

Said hawa di dalam al-Asas fi al-tafsir menjelaskan perkataan yasbahuun adalah perkataan perbuatan (verb) yang digunakan bagi objek yang berjumlah lebih daripada dua. Dalam ayat ini, jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua, iaitu matahari dan bulan. Di manakah objek yang ketiga?  malam dan siang bukannya objek sebaliknya adalah fenomena yang berlaku di atas bumi. Oleh sebab putaran malam dan siang berlaku di atas bumi, maka objek yang ketiga yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah bumi. Tambahan daripada itu, disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar (yasbahuun), menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran bumi di atas paksinya, maka lahirlah fenomena siang dan malam.

Kesemua ini menampakkan Quran adalah sebuah kitab yang begitu saintifik kerana kenyataan-kenyataan ini adalah selari dengan penemuan semasa.

Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin



Antara Sinar & Cahaya

Masa di mana ilmu metafizik tidak dapat membezakan di antara sinar dan cahaya, kita menemui konsep sains al Quran dalam masalah ini salah satunya Al Quran menerangkan tentang matahari. Al Quran mengilustrasikan matahari sebagai sinar dan menggambarkan bulan sebagai cahaya,ini adalah satu bentuk ayat wasfiyah,sebagaimana Firman Allah SWT:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللّهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: "Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya..."(Surah Yunus : 5)

Sinar adalah suatu yang terpancar langsung dari benda yang terbakar serta bercahaya dengan sendirinya manakala sinar ini jatuh pada benda yang gelap maka sinar tersebut akan memancar.
 
 تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاء بُرُوجاً وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجاً وَقَمَراً مُّنِيراً  

Maksudnya: "Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang munir." (surah al-Furqan ayat 61)

Hal yang sama ditekankan dalam surah al-Nabak ayat 13 yang bermaksud, "Dan Kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari)."

Dalam surah an-Nuh ayat 15 hingga 16 pula Allah berkata, "Tidakkah Kamu perhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat dan Allah menciptakan pada langit-langit itu bulan sebagai nuur dan matahari sebagai siraaj."

Di dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic, siraj diertikan sebagai 'lamp', 'light' yang bermaksud 'pelita', 'lampu,. Makna wahaaja pula adalah burn, blaze, flame yang bermaksud membakar, menyala, berapi. Justeru matahari sebagai siraaj dan siraajan wahaaja mengeluarkan cahaya sendiri melalui proses tertentu yang berlaku di dalamnya.
Nuur diertikan sebagai brightness, gleam, glow yang bermaksud bercahaya, menyilau. Muniir pula diertikan sebagai luminous, radiant, shining yang bermaksud bercahaya, bersinar. Justeru bulan sebagai nuur dan muniir tidak mengeluarkan cahaya sendiri sebaliknya ia mamantulkan cahaya matahari yang menimpanya.

Ayat-ayat ini menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dan bulan dalam konteks cahaya yang dikeluarkan kedua-duanya. Mengikut al-Quran, matahari membakar dan dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya. Kiasannya adalah seperti lampu dan cermin, lampu mengeluarkan cahaya, sedangkan cermin hanya memantulkan cahaya.
Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa kerana matahari adalah sebuah bintang sedangkan bulan adalah satelit. Seperti bintang-bintang yang lain, kestabilan matahari dan sinaran cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkannya.



Perbezaan jelas antara sinar dan cahaya sudah diterangkan oleh Allah SWT 1400 tahun silam yang menjadi penegas bagi mukjizat sains Al Quran Al Karim.
Sebenarnya ilmu metafizik yang ada dalam kehidupan kita waktu ini merupakan akumulasi ilmu pengetahuan di kurun ke 21 tetapi baru beberapa tahun terakhir sahaja ilmu metafizik dapat membezakan di antara sinar dan cahaya.

Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin



Jangka Hayat Matahari

Matahari adalah sebuah bintang. Kejadiannya bermula lebih kurang 8-10bilion tahun selepas berlaku Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight). Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir semua jenis kehidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.

Walaubagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Seorang fisikawan Jerman, Hermann von Helmholtz, pada tahun 1825 mengamati perkembangan matahari yang ternyata diameter matahari setiap tahunnya menyusut 85 m. Kalau pengamatan Helmholtz benar, maka berdasarkan perhitungan penyusutan diameter matahari, umur matahari hanya akan bertahan untuk waktu 20.000.000 sampai dengan 25.000.000 tahun sejak matahari mengalami penyusutan.

Untuk kurun waktu itu, teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum akhirnya digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat ini.
Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu ia akan terkubur. Allah menjelaskan dalam surah at-Taqwir ayat 1,

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Maksudnya: "Dan matahari semasa ia digulungkan."

Perkataan penting di sini ialah perkataan 'kuwwirat'. Sahabat Abdulullah bin Abbas mentafsirkannya sebagai 'zahabat' yang bermaksud 'pergi ' atau 'menghilang' manakala Imam Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang cahayanya'. Ia menjelaskan apabila berlaku hari kiamat alam ini seolah-olah digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilanagn cahayanya.

Badai Matahari
Sebenarnya kesatabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian (core) menguncup ( contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu, suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas yang berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Maka lahirlah planetary nebula. Dengan itu, tamatlah riwayat hidup matahari.

Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin




Thursday, February 24, 2011

Proses Penghapusan Bintang-bintang

Lihat gambaran  Al Quran mengenai bintang-bintang yang berjatuhan dan penghapusan bintang-bintang tersebut seperti-
Firman Allah SWT:

وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ

Maksudnya: "Dan apabila bintang-bintang berjatuhan." (Takwir :2)
 
Dan dalam surah lain Allah berfirman :

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ
"Dan apabila bintang-bintang itu dihapuskan." (Mursalat : 8)
 
Ilmu metafizik diketahui oleh manusia pada akhir kurun ke 20 untuk menegaskan bahawasanya fasa perjalanan bintang-bintang melewati fasa di mana bintang tersebut berjatuhan dan juga fasa di mana bintang tersebut mengalami fasa penghapusan.
Bintang merupakan benda-benda angkasa yang berpijar (menyala-nyala), bersinar,dan bercahaya denagn sendirinya dan salah satu penyebab yang membuatkan bintang tersebut bersinar ialah proses pemantikan reaksi penggabungan nuclear kerana panasnya inti bintang yang ada di dalam bintang tersebut. 

Apabila inti bintang berubah dengan sempurna menjadi besi, bintang melewati dua gumpalan proses  awal sebagaimana partikel pertama, yakni adakalanya ia akan meledak dan memancarkan cahaya. Bintang seperti ini dalam bahasa astronomi di sebut sebagai Supernova dan ada pula bintang yang berakumulasi dengan dirinya sendiri.


Apabila bintang tersebut berakumulasi terhadap dirinya maka bintang tersebut akan membentuk sebuah gumpalan yang keras dan padat sehingga menyebabkan cahaya yang terpancar tidak dapat lepas dari kungkungannya,akan tetapi sebelumnya bintang-bintang itu berjatuhan sehingga cahaya-cahaya bintang terpadam dan kemudian bintang itu menghilang dengan sempurna.

Firman Allah SWT: "Sungguh Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan tenggelam" (Takwir: 15-16)
 
Ayat ini membahas permasalahan yang sama seperti di atas.
Maha suci Allah !

Sumber: Cahaya di Atas Cahaya




Pembentukan Nebula

Apa yang menakjubkan di sini adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan oleh Quran. Dalam surah ar-Rahman ayat 37, 
 
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاء فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَان 
Maksudnya:"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu ingin dustakan?"
Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu berubah menjadi merah seumpama bunga ros yang menyinar. 


Salah satu contohnya adalah apa yang dikirimkan oleh teleskop ruang angkasa-Habel kepada kita berupa gambar-gambar sejumlah bintang ketika sedang terpecah pada tanggal 31 Oktober 1999 M.Biro Penerbangan dan Ruang Angkasa Nasional Amerika (NASA) menyiarkan sejumlah gambar yang ditayangkan oleh teleskop ruang angkasa tentang bintang yang mengalami fasa pemecahan.
 
Sekelompok bintang yang membentuk seperti kabut bercahaya yang sering disebut dengan nama mawar kemerahan yang mengkagumkan, inilah ibarat Al Quran yang sangat terperinci dan mengkagumkan. 

Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
 
 



Komet Dan Blazar

Kejadian bintang di angkasa raya sememangnya menakjubkan. Salah satu jenis bintang yang wujud adalah 'bintang yang cahayanya menembus'. Dalam surah at-Thaariq ayat 1 -3 menyatakan:

وَالسَّمَاء وَالطَّارِقِ
Maksud: Demi langit dan "At-Taariq"

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ
Maksud: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? 

النَّجْمُ الثَّاقِبُ
Maksud: (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya).

Dalam ayat ini, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaaqif bermaksud menembusi. Imam Nasafi mentafsirkan perkataan thaaqif sebagai 'yang bercahaya'. Justeru, an-najmu at-thaaqif juga dapat diertikan sebagai bintang bercahaya yang menembusi langit.
Said Hawa pula mengatakan an-najmu at-thaaqif dikaitkan dengan komet yang melintasi ruang udara bumi. Seperti yang dimaklumi, komet adalah objek yang wujud dalam sistem solar yang mengelilingi matahari. Ia berasal daripada asap nebula yang dikenali sebagai Oort cloud dan mempunyai tiga bahagia iaitu nukleus, koma dan ekor.
Komet Hyakutake yang muncul pada tahun 1996
Pada hari ini pakar-pakar sains menemui satu lagi objek bercahaya seperti bintang yang bergerak menembusi angkasa raya. Kelajuannya menghampiri kelajuan cahaya dan ia bergerak menembusi ruang angkasa dan kadangkala menghala tepat ke dunia. Para saintis menamakannya sebagai blazar.
Blazar
Sciences News di bawah tajuk Powerhouse Astronomy: Blazing Black Hole From the Early Universe melaporkan satu penemuan mengenai blazar pada tanggal 3 Julai 2004. Al-Quran telah membuktikan terlebih dahulu kejadian-kejadian ini, maka ayatNya yang manakah yang ingin kamu dustakan lagi?

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin 



 

Black Holes Dan Kejadian Bintang-bintang

Dalam surah Al-Waqi'ah ayat 75-76 Allah berkata,

فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
Maksudnya: "Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang (orbit)."

وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Maksudnya:"Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalau kamu mengetahuinya."

Mawaaqi'un Nujuum mengandungi dua perkataan iaitu mawaaqi' dan nujuum. Mawaaqi' berasal daripada perkataan waqa'a yang bermaksud fall down, drop, to tumble , dalam bahasa Melayunya bermaksud jatuh, tersungkur atau merundum. Nujuum pula bermaksud bintang-bintang. Justeru Mawaaqi'n nujuum diertikan sebagai tempat jatuh merundumnya bintang-bintang. Adakah ayat ini berkaitan dengan black holes atau lubang hitam? 
Black holes terhasil apabila bintang-bintang yang besar meledak dan meletup di angkasa raya. Memandangkan sesetengah bintang adalah 10 hingga 15 kali ganda lebih esar daripada matahari, maka letupan ini sememangnya dahsyat. Ia adalah tarikh mati bagi bintang-bintang ini. Ledakan yang dahsyat ini dikenali sebagai supernova. Saki-baki peninggalan (remnants) daripada bintang yang meledak ini akan jatuh ke satu garis pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang mempunyai tarikan graviti yang tinggi. Apa sahaja yang memasuki kawasan ini termasuk cahaya tidak dapat keluar daripadanya. Saintis menamakannya sebagai black holes. Bintang-bintang jatuh merundum dan hancur di dalamnya. Hal ini dilaporkan oleh NASA di imagine.gsfc.nasa.gov.

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin




Orbit -Tempat Peredaran Bintang2

Dalam surah Al-Waqi'ah ayat 75-76 Allah berkata,

فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
Maksudnya: "Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang (orbit)."

وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Maksudnya:"Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalau kamu mengetahuinya."

Bintang-bintang merupakan salah satu ciptaan Allah yg maha indah dalam alam semesta ini. Keindahannya tergambarkan laksana gumpalan gas yg terbakar, bersinar dan menyala dgn zatnya sendiri. Bintang selalu menyalakan sinarnya selama berjuta juta tahun tanpa mati sekalipun di sebabkan oleh proses reaksi oleh nuklear yg terkenal dgn sebutan proses sublimasi nuklear.
Kenapa Allah bersumpah dgn tempat-tempat beredarnya bintang (orbit) tetapi bukan bersumpah dgn bintang itu sendiri? sebab orang-orang arab jahiliah pada zaman Nabi Muhammad mengenal sumpah dgn tempat beredarnya bintang-bintang ,mereka mengatakan tempat beredarnya bintang-bintang itu adalah suatu yg maha agung, maka layak baginya untuk bersumpah dgnnya, kerana jauhnya tempat beredarnya bintang tersebut dari kita. Sekarang kita menemui kedalaman yg lebih dari maksud sumpah tersebut. Sesungguhnya memang benar tempat beredarnya bintang-bintang iaitu orbit adalah suatu ciptaan Tuhan yg sangat mengkagumkan bagi manusia, jarak yg terbentang antara manusia dgn matahari sekitar 150 juta km. 
Di dalam Al-Quran telah menceritakan tentang orbit, di mana tempat bintang-bintang beredar.  Maka, AyatNya yang mana satu yang ingin kamu dustakan?


Sumber: Cahaya di Atas Cahaya, Menyingkap Rahsia Alam Menurut Al-Quran dan Sains, Prof Dr. Zagl'ul Al-Najj'ar



Kejadian Siang Malam

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ 

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas arsy, Dia menutupkan malam pada siang yang mengikutinya dengan cepat..."(Al-a'raf: 54)

Ini ialah ayat yang mengisahkan tentang proses penutupan malam pada siang dan siang pada malam merupakan sebuah simbolik yang indah. Hal tersebut mengandungi kisah proses putaran bumi pada paksinya dihadapan matahari. Ini adalah kerana apabila bumi tidak berputar pada paksinya dihadapan matahari, maka tidak akan ada proses penggantian siang dan malam sebagaimana yang terjadi dalam kehidupan kita sampai waktu ini.

Sumber: Cahaya di Atas Cahaya,Menyingkap Rahsia alam menurut Al-Quran & Sains,Prof Dr. Zagl'ul Al-Najj'ar




Kejadian Bintang-bintang Sebagai Petunjuk

Seperti yang disebutkan dalam surah Fussilat ayat 11 yang bermaksud, "Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'.Kedua-duanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'. "

Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hidrogen dan helium. Selepas berlalu masa jutaan tahun (selepas Big Bang), gas-gas ini menajdi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Hal ini disebutkan di dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Bariers (Parker Barry R.,Plennum Press, New York,1993).

Bintang-bintang adalah objek besar di kosmos dan jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimaksakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 - 400 bilion.CNN.com bertarikh Julai 2003 melaporkan jumlahbintang di langit melebihi 70 sextilion (7 diikuti dengan 22 kosong). Jumlah ini bermaksud, sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu.

Di dalam al-Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh dalam surah al-A'raaf ayat 54, Allah menyatakan, "Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya." Antara faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi petunjuk jalan (sama ada arah Utara Selatan Timur dan Barat) terutamanya bagi para pengembara.
وَعَلامَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُون
Maksudnya: "Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak dituju)." (Surah an-Nahl ayat 16)

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin 





Pengembangan Alam Semesta

Sejak alam ini wujud melalui ledakan Big Bang, ia terus mengembang hinggalah ke hari ini. Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah Az-zariyat ayat 47 Allah menjelaskan :
وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

Maksudnya:"Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya."

Dalam ayat ini menggunakan ayat muusi'uun. Dalam bahasa arab perkataan muusi'uun berasal daripada perkataan wasa-'a. Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan menterjemahkan perkataan wasa-'a sebagai to be wide, roomy, spacious, extensive yang bermaksud 'menjadi besar' atau luas. Justeru Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-azim menyatakan ayat ini bermaksud, "Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru langit dan kami meninggikannya tanpa tiang."

Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh As-Seikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir. beliau berkata, "Maksud ayat ini adalah langit ini Allah akan jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ia menunjukkan ilmu al-Quran jauh ke hadapan, melampaui tempat dan zaman. Justeru, sekiranya ada sesiapa yang masih enggan beramal denagn Quran kerana sombong denagn sains yang dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat."
WMAP has produced a new, more detailed picture of the infant universe. Colors indicate "warmer" (red) and "cooler" (blue) spots. The white bars show the "polarization" direction of the oldest light. This new information helps to pinpoint when the first stars formed and provides new clues about events that transpired in the first trillionth of a second of the universe.
CREDIT: NASA/WMAP
Pada hari ini dengan bantuan alat yang canggih, penemuan-penemuan semasa semakin memantapkan lagi teori pengembangan alam ini. Pada tanggal 16 Mac 2006, di bawah tajuk, Astronomers Detect First Split-Second of the Universe,Space.com melaporkan pakar-pakar astronomi NASA menemui bukti-bukti baru yang mengukuhkan lagi teori Big Bang. Mereka mendapati pada peringkat awal, kejadian kosmos alam ini adalah lebih kecil daripada atom. Kemudian pada masa satu per setrilion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yang luas. PEnemuan ini melaporkan berdasarkandata yang disalurkan oleh satelit NASA yang dilancarkan pada tahun 2001. Satelit ini dikenali sebagai Wilkinson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP. Ini mengukuhkan teori alam mengembang sekali gus menampakkan kebenaran al-Quran.

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin



Kejadian Langit Dan Bumi Daripada Asap

Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksaksa. Dalam surah Fussilat ayat 11 Allah menyatakan :
ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ 

Maksudnya: "Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Keduanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'."

Di sini Allah menyatakan langit dan bumi diperingkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud hanyalah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi. Perkataan Dukahn yang di maksudkan di sini ialah asap,dalam bahasa inggerisnya ialah smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkata wal kejadian alam sememangnya panas.


Astronomers Report Hubble Find, Report Reveals Light from Oldest Galaxy

Semasa menceritakan mengenai asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, cloud of gas, fog of neutral hydrogen and helium, hot mass of gas dan yang seumpamanya. Ia bermaksud, gas-gas di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud seperti bentuk awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi dan yang seumpamanya.

Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan kejadian objek-objek daripada asap. Oleh sebab bumi adalah satu objek, maka langit yang di nyatakan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya. kesemua objek ini lahir daripada asap.

Antara saintis yang kagum dengan kenyataan Quran ini adalah profesor Yoshihide Kozai daripada Universiti Tokyo, Jepun. Beliau adalah pengarah National Astronomical Observatory di Mikata, Tokyo, Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat Quran yang menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu, beliau merasakan seolah-olah ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi. Kuasa yang menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku. Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan fenomena-fenomena ini benar-benar berlaku. Alam sebelum ini memang wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daropada asap itulah lahirnya bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini.

Akhirnya beliau berkata, "Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapat di dalam Quran. Dengan membaca Quran dan menjawab persoalan-persoalan  yang timbul, saya rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang." Hal ini dilaporkan di dalam A Brief Understanding Islam, Darus Salam Publications,edisi kedua, Mei 1990.

Sumber: Quran Saintifik,Meneroka kecemerlangan Quran Daripada teropong Sains,Dr. Danial Zainal Abidin 



Quran & Teori Kejadian Alam (The Big Bang Theory)

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ 
Maksudnya: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, dijelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan.

Terdapat dua perkataan dala ayat ini, Ratqa dan Fataq. Ratqa berasal dari perkataan arab rataqa yang bermaksud sew up, ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq pula berasal daripada bahasa arab fataqa yang bermaksud unsew, tear apart iaitu dibuka atau dibelah. Ini melambangkan sesuatu yang terbuka dan terungkai.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, "Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dijelaskan oleh Allah dalm ayat ini."

Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan melalui Teori Big Bang, teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis mengenai permulaan alam semesta pada hari ini. Berdasarkan laporan yang terdapat dalam laman web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology, kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa meter sahaja. Sejak dari tarikh itu, ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti yang dilihat pada hari ini.


Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu kemudian berlaku suatu letupan yang kuat,sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian berlaku pengembangan dan penyejukan, akhirnya lahir bintang-bintang, palnet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.

Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada asalnya diikuti dengan letupan besar, ekoran dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner.seorang proffesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata:" Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya rasa,tidak akan mampun mengetahui tentang hal ini."

Akhirnya beliau berkata, "Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dna kejadiannya, dan bila kita kaitkannya dengan sains, maka kita akan menyatakan kenyataan (Al-Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah pendekatan saintifik."

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains,  Dr. Danial Zainal Abidin