Seperti yang disebutkan dalam surah Fussilat ayat 11 yang bermaksud, "Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'.Kedua-duanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'. "
Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hidrogen dan helium. Selepas berlalu masa jutaan tahun (selepas Big Bang), gas-gas ini menajdi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Hal ini disebutkan di dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Bariers (Parker Barry R.,Plennum Press, New York,1993).
Bintang-bintang adalah objek besar di kosmos dan jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimaksakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 - 400 bilion.CNN.com bertarikh Julai 2003 melaporkan jumlahbintang di langit melebihi 70 sextilion (7 diikuti dengan 22 kosong). Jumlah ini bermaksud, sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu.
Di dalam al-Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh dalam surah al-A'raaf ayat 54, Allah menyatakan, "Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya." Antara faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi petunjuk jalan (sama ada arah Utara Selatan Timur dan Barat) terutamanya bagi para pengembara.
وَعَلامَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُون
Maksudnya: "Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak dituju)." (Surah an-Nahl ayat 16)
Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin
Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin
assalamualaikum w.b.t.
ReplyDeleteperkongsian cik/puan sgt2 menginspirasikan ..
cuma mungkin ada bab yg x tlalu detail .
skrg ni sy dan beberapa pelajar dari sekolah sy tgh kaji berkenaan angkasa lepas .
kami hargai sekiranya cik/puan bole bantu kajian ni ...
kindly reply me at muhammadshafiqsawal92@gmail.com