Friday, February 25, 2011

Orbit Mengelilingi Galaksi

Secara umumnya, apabila kita berbicara mengenai orbit (putaran) bumi dan objek-objek di langit, ayat-ayat Quran nampak seolah-olahnya memfokuskan mengenai satu aspek saja, iaitu mengenai putaran objek-objek ini di atas paksinya (seperti yang dibicarakan sebelum dalam tajuk 'Orbit-orbit bumi dan objek di langit, sebelum ini). Adakah ini menunjukkan tidak wujud putaran dalam bentuk lain bagi objek-objek ini?

Rupa-rupanya di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai putaran yang berbeza. Ini telah tertulis di dalam surah Yasin ayat 38,Allah menyatakan, 


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ 


Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui."

Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajri bermaksud berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata, "(Antara tanda kekuasaan Allah adalah) matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya." Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.

Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. 

Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.

Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin


5 comments:

  1. ayat sebelum ini???boleh nyata kn x ayat ape tu?? (perenggan ke-3

    ReplyDelete
  2. kalau kita sebagai manusia mengelilingi atau tawaf di baitullah..dan bumi pula tawaf atau mengelilingi matahari dan matahari pula mengelilingi atau tawaf di pusat galaksi bima sakti..maka adakah semua galaksi yang wujud dalam alam semesta ini mengelilingi arasy ALLAH..???

    ReplyDelete
  3. Tafsir Bukti Science Surat Yasin 38

    ReplyDelete