Kejadian Bumi melalui beberapa proses tertentu. Ia bermula lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu sebagai sebahagian daripada gumpalan gas yang dikenali sebagai solar nebula. Salah satu planet yang terhasil adalah bumi. Teori kejadian bumi daripada proses accretion ini pada asalnya diutarakan oleh Otta Achmidt, seorang pakar geofizik dari Rusia pada tahun 1944 dan teori ini menjadi semakin popular pada hari ini. Proses pembentukan bumi melalui fasa-fasa tertentu. Berkemungkinan besar, ayat-ayat Allah mengenai bumi yang terdapat dalamnya perkataan-perkataan yang berbeza menceritakan berkenaan proses-proses ini.
Dalam surah az-Zukhruf ayat 10 Allah menjelaskan, "Dia yang menjadikan bumi sebagai hamparan tempat menetap dan Dia membuat jalan-jalan di atas bumi supaya kamu mendapat petunjuk."
Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan mahda semasa menceritakan mengenai bumi. Mengikut Hans Wehr: A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J. Milton Cowan, perkataan mahda berasal daripada perkataan mahada dan antara maksudnya to spread out evenly, to make easy yang bermaksud menghamparkan dan mempermudah. Ayat ini menggambarkan bumi dijadikan seperti suatu hamparan bagi mempermudah aktiviti manusia di atasnya. Sekiranya dilihat dengan mata kasar, bumi ini sememangnya adalah hamparan yang luas nun sejauh mata memandang. Namun hamparan bumi ini mempunyai logiknya di sudut sains dan hal ini akan di terangkan kemudian.
Jaman es adalah periode di dalam sejarah pembentukan bumi saat terjadi pendinginan yang meluas di atmosfer dan lautan |
Dalam surah Abasa ayat 26, Allah berkata, "Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya."
Dalam surah ini, perkataan yang digunakan adalah perkataan syaqaqna yang berasal daripada perkataan syaqq. Mengikut Hans Wehr: A Dictionary of Modern Written Arabic bermaksud to split, cleave, part iaitu dipisahkan dan pecahkan sekali gus menggambarkan bumi sebelum ini adalah bercantum kemudian dipisahkan.
Dalam surah ar-Ra'd ayat 3 pula, Allah menjelaskan, "Dialah yang melebarkan bumi dan dijadikan di atasnya gunung-ganang dan sungai-sungai."
Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan madda , mengikut Hans Wehr: A Dictionary of Modern Written Arabic, bermaksud to extend, distend, expand, dilate, strech iaitu mengembangkan dan melebarkan. Ayat ini menunjukkan bumi ini tidak statik sebaliknya terus-menerus membesar dan melebar hingga ke hari ini.
Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
cuba selidik semula dlm surah ABASA: ayat 26..ada sedikit percanggahan
ReplyDeleteterima kasih atas entry anda krn dpt membantu saya menyiapkan assingmnt sy dgn lebih baik :)
ReplyDeleteteruskan usaha utk mngkaji lebih mndalam lgi mengenai ayat-ayat suci Al-Quran :)
sekadar perbincangan. Surah ABASA :ayat 26 dari sudut pandang sy adalah bumi bukan dibelah akan tetapi bumi di bahagi kepada beberapa bahagian dimana wujudnya 4 musim.
ReplyDeleteSatu topik minta pandangan. Apa pendapat " segala kejadian yang ada di muka bumi dan sekelilingnya tawaf pada pusat iaitu "KAABAH" adakah kita( Bumi) mengelilingi matahari atau semua planet termasuk matahari mengilingi KAABAH sekaligus mengelilingi bumi. sekian
Mh.azizi
thank you sister ! it helps strengthen my iman ! - shazrina
ReplyDeleteGood, namun perlu diperjelas lagi tafsiran ayatnya!
ReplyDeletekalau kita sebagai manusia tawaf di baitullah dan bumi pula mengelilingi matahari dan matahari mengelilingi atau tawaf di pusat galaksi bima sakti ada kah semua galaksi pula mengelilingi arasy ALLAH...???harap admin berkongsi maklumat kalau memiliki atau terjumpa dari mana2 sumber...terima kasih..sekadar bertanya...
ReplyDelete